Ekelas GenAI MAXIS - Modul: Segala Yang Anda Patut Tahu Tentang Ai & GenAI

18 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Satu sesi kelas atas talian bertajuk Ekelas GenAI MAXIS - Modul: Segala Yang Anda Patut Tahu Tentang AI & GenAI telah diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu. Sesi ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai konsep asas Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) dan Generative AI (GenAI), serta bagaimana teknologi ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan kerjaya masa depan.

Melalui sesi ini, para peserta berpeluang mempelajari pelbagai aplikasi praktikal AI dan GenAI yang kini semakin meluas penggunaannya dalam pelbagai sektor. Inisiatif ini juga sejajar dengan usaha memperkasakan literasi digital masyarakat agar lebih bersedia menghadapi perkembangan teknologi masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali